Pages

Wednesday, January 8, 2014

#36: POLIS TANGKAP POLIS.

KUANTAN - Tiga anggota polis bersama dua rakan subahat yang lain berjaya ditahan selepas mereka dipercayai menyamun sebuah rumah di Taman Impian, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, anggota tersebut bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Mereka diberkas selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian samun itu.

Beliau berkata, kelima-lima suspek yang berusia antara 19 hingga 37 tahun kini direman dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Kosmo. 

#35: AKIBAT TAK TAHAN GIAN DADAH.

MELAKA: Seorang wanita sanggup membawa anak lelakinya berusia empat tahun ke ladang di Kampung Pianang B, Tanjung Kling, di sini, di percayai untuk membeli dadah.

Wanita berusia 25 tahun itu antara 36 penagih berusia 25 hingga 57 tahun ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pagi tadi. 




Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisoner Salehhudin Abd Rahman berkata, turut ditahan dalam operasi selama lapan jam bermula jam 5 pagi itu adalah tiga lelaki berusia 30-an dipercayai pengedar dadah. 

"33 daripadanya disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983, manakala seorang ditahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua lagi mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Malah, kami turut merampas lima paket dan satu tiub dadah dipercayai jenis heroin yang mana setiap paket dianggarkan bernilai RM150, manakala dadah dalam tiub bernilai antara RM20 hingga RM30," katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, di sini sebentar tadi.

Sumber: Harian Metro.


Monday, April 8, 2013

#34: DUA LELAKI GUNA GELARAN DATUK DAN YM ENGKU DIRAJA JOHOR PALSU DIHERET KE MAHKAMAH.


Dua lelaki menggunakan gelaran Datuk dan Yang Mulia Engku Diraja Johor palsu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, dengan lima pertuduhan melakukan penyamaran dan menipu.

Tertuduh, Lau Kok Chai, 65 dan Hamizan Maspar, 39, keduanya dari Muar dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan bersama dan dua pertuduhan berasingan.



Tuesday, April 2, 2013

#33: KULIM - SUSPEK CURI MOTOSIKAL BUKAN DIPUKUL DALAM LOKAP.

ALOR SETAR: Polis Kedah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan anggotanya memukul seorang suspek curi motosikal di Pasar Malam Selasih di Kulim sewaktu ditahan di dalam lokap, seperti yang dilaporkan beberapa blog dan laman sosial. 

 

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ketika dibawa ke Balai Polis Kulim, suspek sudah berada dalam keadaan sangat lemah, dan pihaknya tidak sempat menyoal dan membawa suspek ke dalam lokap.


#32: PEMANDU LORI DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI TEBRAU, JOHOR

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori dikhuatiri mati lemas selepas titi yang digunakan runtuh ketika hujan lebat di Flat Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, kira-kira jam 5 petang semalam.


 
Foto mangsa. 

Kejadian berlaku ketika mangsa, Abdul Mutalib Mohamad Resak, 41, cuba menyeberang anak Sungai Tebrau selepas menjenguk kebun dan ternakannya.


#31: 4 SAMUN GUNA REVOLVER KENA TAHAN


Empat samun guna Revolver kena tahan Sharifuddin menunjukkan pistol revolver dan parang yang digunakan suspek pada sidang media di IPD Kuantan, semalam. - Foto Mustaffa Kamal
Suspek acu senjata api, parang ketika pecah masuk rumah mangsa

Kuantan: Polis berjaya menahan empat perompak yang menyamun dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Revolver. 
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, berkata suspek pertama ditahan di Lorong Seri Kuantan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas menyerbu rumahnya pada jam 1 petang, Khamis lalu.